SweetMuslimah.com

Monday 22 September 2014

HARI TERBUKA PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA 20 SEPTEMBER 2014

Pada 20 September 2014 yang lalu, Pusat Internet 1 Malaysia (Pi1M) Kg. Banggol telah mengadakan Hari Terbuka. Hari Terbuka yang julung-julung kali diadakan ini bertujuan memperkenalkan Pi1M kepada masyarakt setempat dan penduduk kampung berdekatan mengenai kemudahan capaian internet yang disediakan. Selain itu, Hari Terbuka ini diadakan bagi merapatkan hubungan silaturrahim antara penduduk kampung. Pelbagai aktiviti telah diatur dan hadiah-hadiah menarik beserta cabutan nombor bertuah telah diadakan sepanjang Hari Terbuka tersebut. 



Aktiviti Hari Terbuka bermula seawal 9.30 pagi dengan Tayangan Klik Dengan Bijak (KDB). Seramai 40 orang pelajar telah menyertai tayangan ini. KDB memberi penekanan kepada para pelajar berkaitan cara penggunaan internet yang betul dan berhemah dan cara membuat laporan penyalahgunaan internet kepada pihak berwajib. Mereka juga dinasihatkan supaya tidak mendedahkan nama pengguna (user id) atau kata laluan (password) kepada orang lain bagi mengelakkan penyalahgunaan internet oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab. Usai tayangan KDB, Tayangan Filem Pendek bertajuk Kasut Kelopak Jantung telah ditayangkan. Filem ini berkisarkan mengenai seorang pelajar yang sering ke sekolah tanpa kasut kerana faktor kemiskinan. Ikuti filem pendek penuh emosi ini di youtube ini. 


Aktiviti diteruskan dengan Pertandingan 'Online Game' dan Pertandingan Mewarna bagi pelajar sekolah Tahap 1 dan Pra Sekolah. Seramai 9 orang pelajar Pra Sekolah dan Sekolah Rendah Tahap 1 telah menyertai Pertandingan Mewarna ini. Pertandingan 'Online Game' pula disetai oleh hampir 60 orang Pelajar Sekolah Rendah Tahap 2 dan Sekolah Menengah. Pertandingan 'Online Game' iaitu 'Word Search' dan 'Scrabble Word' telah diadakan secara serentak bersama Pertandingan Mewarna.



Pertandingan Mewarna bagi Pelajar Sekolah Rendah dan Pra- Sekolah


Pertandingan 'Online Game' bagi Pelajar Sekolah Menengah

Pada sebelah petang, aktiviti beralih pula kepada golongan dewasa iaitu Pertandingan Gubahan, Pertandingan Masakan dan Pertandingan Wau Kreatif. Pertandingan Masakan yang disertai oleh 9 orang peserta telah menghidangkan masakan berasaskan Daun Kesum, Bunga Kantan dan Nenas. Masakan mereka telah Berjaya membuka selera juri yang mengadili dan persembahan makanan mereka sangat memuaskan. 

Antara hidangan yang telah menambat hati juri


Beralih kepada Pertandingan Wau Kreatif, peserta yang terdiri daripada 11 orang lelaki dewasa telah mempamerkan wau mereka dengan pelbagai rekabentuk dan hiasan yang menarik. Ada yang mempamerkan Wau Bulan, Wau Kapal Terbang, Wau Burung dan pelbagai lagi. 

Pertandingan Wau Kreatif

Sementara Pertandingan Gubahan yang melibatkan 5 orang peserta tidak kurang hebatnya. Mereka hanya dibenarkan menggubah 1 gubahan sahaja sama ada Tuala, Kain Batik, Kain Pelikat atau Sejadah.  


Aktiviti sebelah petang adalah sukaneka dan majlis penyampaian hadiah. Pihak Pi1M turut mengadakan cabutan No Bertuah kepada ahli Pi1M yang telah berdaftar. Program Hari Terbuka Pi1M Kampung Banggol, Setiu telah tamat jam 6.00 petang. 

Wajah-wajah ceria Manager dan Assistant Manager =)

Aktiviti Sukaneka yang telah dikendalikan oleh Team Digi! Happening!

Pertandingan Musical Chair dan Majlis Penyampaian Hadiah serta Cabutan Bertuah


No comments:

Post a Comment