SweetMuslimah.com

Thursday 4 June 2015

~ DOA PARA NABI~


DOA NABI ADAM - MEMOHON AMPUN


DOA NABI SULAIMAN A.S


DOA NABI YUNUS - MOHON DIAMPUNI


DOA NABI YUSUF - MOHON DIWAFATKAN DALAM KEADAAN ISLAM


DOA NABI ZAKARIA - MOHON DIBERI KETURUNAN YANG BAIK

Saturday 30 May 2015


FOR YOUR HEALTHY LIFE! =) 


Eat Purple for a Longer Life!
Purple Fruits and Vegetables are good for longevity.


Eat Red for a Healthy Heart!
Red Fruits and vegetables are good for your heart and blood.


Eat Green to Purify and Detox!
Green fruitss anf vegetables are good for your immunity.


Eat Yellow for your Joints!
Yellow fruits and vegetables help your tendons, ligaments anf cartilage.


Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/Kontrak di Kampus Shah Alam dan Kampus Cawangan.

Tarikh tutup permohonan 15 Jun 2015

Senarai Jawatan Sila klik Link di bawah :

http://iapps.uitm.edu.my/epengambilanstaf/iklan/IKLAN_WEB_2015_NEW_280515.PDF


Thursday 28 May 2015

PEKAN BUDAYA DAERAH SETIU 2015

Datanglah beramai-ramai, bawa anak, isteri suami, mak,abah, atuk, nenek,
sepupu sepapat, sedara mara....!!!

Ada macam2 aktiviti..
Masa ni la nak luangkan masa bersama keluarga disamping mengeratkan ukhwah
kekeluargaan.. Ceewaaah!! =)







Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Khas buat Muslimat Daerah Setiu

Ceramah Sempena Nisfu Syaaban dan Ambang Ramadhan
akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 30 Mei 2015
Hari : Sabtu
Jam : 3.00 Petang
Tempat : Surau Pekan Sari / Gazebo / Surau Al- Mukmin 
                (Berdekatan Simpang 3 Hulu Seladang)

Penceramah : Ustazah Syarifah Zaliha bt Sayed Bakar

Semua muslimat dijemput hadir bagi menambah ilmu pengetahuan dan mengimarahkan surau kita.. =)


Wednesday 27 May 2015

CAR BOOT SALE!!
CAR BOOT SALE!!
CAR BOOT SALE!!

Satu lagi tarikan terbaru di Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu
Datanglah beramai-ramai bagi menyokong peniaga-peniaga kecil kita =)

Car Boot Sale Bandar Permaisuri
Setiap Jumaat & Sabtu Setiap Minggu

Di Dataran Stesen bas Bandar Permaisuri
Dari Jam 3.00 Petang - 12.00 Malam

Berminat sila hubungi : 019-929 7830 (Yie) / 013-939 7134 (Hery)





JAWATAN KOSONG PENGURUS & PENOLONG PENGURUS!!

Pengurus 
RM2000.00 / Sebulan

Kelayakan dan Kriteria Calon

~Mempunyai Ijazah yang diiktiraf dan keutamaan diberi kepada calon-calon yang mempunyai Ijazah dalam bidang IT dan berkaitan
~Keutamaan diberi kepada penduduk tempatan (kawasan berdekatan)
~Berpengetahuan dan berpengalaman dalam bidang IT
~Berminat untuk menjadi tenaga pengajar dan usahawan
~Boleh bekerja dalam pengawasan yang minima
~Bertanggungjawab dan berdikari
~Mempunyai kemahiran berkomunikasi
~Mempunyai nilai-nilai kepimpinan dan bermotivasi tinggi

Penolong Pengurus 
RM1500.00 / Sebulan

Kelayakan dan Kriteria Calon

~Mempunyai Diploma atau Sijil Kemahiran Tahap Empat (SKM) yang diikitiraf dalam bidang IT dan berkaitan
~Keutamaan diberi kepada penduduk tempatan (kawasan berdekatan)
~Berpengetahuan dan berpengalaman dalam bidang IT
~Berminat untuk menjadi tenaga pengajar dan usahawan
~Boleh bekerja dalam pengawasan yang minima
~Bertanggungjawab dan berdikari
~Mempunyai kemahiran berkomunikasi

Cara memohon : 

Hantar Resume di PI1M Bukit Diman sebelum / pada 4 Jun 2015





Sunday 17 May 2015

BEAUTY WORKSHOP SKINCARE & MAKE UP CLASS – MARY KAY


Bengkel Kelas Kecantikkan dan Solekan dengan kerjasama Mary Kay dari unit Kelantan telah diadakan pada 16 Mei 2015 Hari Sabtu bertempat di Pi1M Kg. Banggol telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Sebulan sebelum bengkel berlangsung, kami telah membuat temu janji bersama Konsultant Mary Kay dari Kelantan iaitu Kak Maizatul dan Kak Eita untuk menetapkan tarikh yang sesuai. 2 minggu sebelum kelas bermula, kami telah menyiapkan iklan dan membuat pemberitahuan melalui media massa (Facebook Page Pi1M Kg Banggol dan Group Setiu) dan menampal iklan tersebut di kedai runcit dan kedai makan berhampiran. Persiapan tempat telah bermula pada 15 Mei 2015 dengan menyusun semua kerusi dan meja di dalam Pi1M Kg Banggol. Kelas Kecantikkan dan Solekan telah bermula sekitar jam 11.30 pagi dan berakhir pada pukul 3.00 petang. Seramai 30 orang peserta telah menyertai bengkel ini. Setiap peserta telah dibekalkan dengan borang kaji selidik, air, kapas muka, cermin dan tisu sebelum bengkel bermula. Peserta yang terdiri daripada wanita golongan pertengahan sangat teruja untuk belajar mengenai kondisi kulit muka, produk yang sesuai bagi tekstur kulit muka yang berlainan dan penjagaan kulit muka yang betul. Kami sebagai penganjur menyediakan sedikit jamuan kepada para peserta dan tenaga pengajar. Di akhir sesi bengkel ini, tenga pengajar telah mengajar cara solekan yang betul mengikut tona kulit dan kesesuaian majlis / tema yang bakal dihadiri. Kami selaku penganjur amat berpuas hati dengan layanan dan kerjasama yang diberikan oleh pihak konsultant Mary Kay yang telah bersusah payah datang ke Pi1M untuk berkongsi ilmu dan produk bersama-sama dengan penduduk kampung. Berikut adalah memori sepanjang Bengkel Kelas Kecantikkan dan Solekan yang telah diadakan.





Sunday 26 April 2015

PERTANDINGAN WORD BY WORD

Pada 25 April 2015 yang lalu, kami telah mengadakan satu pertandingan yang diberi nama Word By Word. Pertandingan tersebut telah disertai 13 orang peserta. Pertandingan bermula pada jam 10 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari. Pertandingan tersebut memerlukan para peserta untuk membina perkataan lain menggunakan huruf terakhir bagi perkataan sebelumnya. Sebagai contoh, perkataan pertama adalah BALL. Huruf terakhir bagi perkataan tersebut adalah L, jadi peserta perlu menggunakan huruf L sebagai huruf pertama bagi perkataan berikutnya. Perkataan tersebut haruslah dalam Bahasa Inggeris. Pihak PI1M menyediakan hadiah bagi tempat pertama, kedua, ketiga dan sedikit saguhati kepada mereka yang Berjaya membina perkataan dengan jumlah yang paling banyak. Tujuan utama pertandingan ini diadakan adalah bagi membantu para peserta menambahkan kosa kata Bahasa Inggeris disamping membetulkan sebutan perkataan-perkataan tersebut.






Saturday 28 March 2015

MENZIARAHI ADIK MUHAMMAD HANIF SAFARIS

                Pada 23 March 2015 yang lalu, kami telah dikejutkan dengan berita kemalangan melibatkan salah seorang pengguna PI1M Kg. Banggol. Kemalangan yang melibatkan adik Muhammad Hanif Safaris bin Che Wahab (9 tahun) dengan sebuah kereta Viva Hitam telah menyebabkan adik Muhammad Hanif Safaris koma selama 9 hari. Pada 27 March 2015, saya dan penolong pengurus telah ke HSNZ Kuala Terengganu untuk menziarahi adik Safaris dan keluarganya. Selepas berjumpa dengan adik Safaris yang pada ketika itu tidak masih tidak sedarkan diri dan masih dibantu oleh alat bantuan pernafasan, kami hanya mampu berdoa semoga Allah mempermudahkan segala urusan adik Safaris. Sedih menyelubungi hati tatkala bercakap dan bersua muka dengan ayah adik Safaris yang kelihatan begitu kuat menghadapi ujian Allah ini. Saya difahamkan bahawa adik Safaris mengalami retak pada tulang punggung dan tulang rahangnya patah kedua-dua belah dan harapan untuk kembali pulih amat tipis. Sebelum pulang, kami telah menghulurkan sedikit bantuan berupa wang ringgit (RM150) kepada keluarga adik Safaris dengan harapan dapat mengurangkan dan meringankan beban mereka. Pada 31 March 2015, kira-kira jam 8.30 malam, adik Safaris telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Unit Rawatan Rapi HSNZ Kuala Terengganu. Sesungguhnya mati itu pasti, bila, bagaimana dan mengapa hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Semoga adik Safaris bahagia di Syurga sana. Al- Fatihah.



Saturday 28 February 2015

PERTANDINGAN PERKATAAN DALAM PERKATAAN


Pada 28 Februari 2015 yang lalu, Pi1M Kg. Banggol telah mengadakan aktiviti bulanan iaitu pertandingan perkataan dalam perkataan. Para peserta diberikan 1 perkataan yang terditi daripada 20 atau 21 huruf seperti perkataan ‘ DIPERTANGGUNGJAWABKAN’ ‘MENGINTERNASIONALKAN’ dan lain2 perkataan. Daripada perkataan yang diberikan, para peserta dikehendaki membina perkataan lain yang menggabungkan huruf-huruf yang terdapat dalam perkataan tersebut. Hanya perkataan yang mempunyai makna sahaja akan dikira, kata nama khas seperti nama orang dan nama tempat tidak akan dikira. Aktiviti bulanan ini telah disertai oleh 15 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Aktiviti ini bermula kira-kira jam 10 pagi dan tamat pada pukul 12.00 tgh hari. Mereka diberi selama 15 minit untuk membina perkataan-perkataan tersebut. Pihak Pi1M telah menyediakan hadiah berupa hamper bagi pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga beserta hadiah saguhati kepada pada peserta yang tidak berjaya. 





Sunday 25 January 2015

TEKA SILANG KATA SEMPENA MAULIDUR RASUL 


Pada 24 Januari 2015 yang lalu, Pi1M Kg. Banggol telah mengadakan aktiviti bulanan iaitu pertandingan teka silang kata sempena kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Aktiviti bulanan ini telah disertai 12 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Aktiviti ini bermula kira-kira jam 10 pagi dan tamat pada pukul 12.00 tgh hari. Mereka diberi selama 1 jam untuk menyelesaikan teka silang kata yang disediakan dengan menggunakan capaian internet unutk mendapatkan jawapan. Pihak Pi1M telah menyediakan hadiah berupa hamper kepada pemenang tempat pertama kedua dan ketiga beserta hadiah saguhati kepada pada peserta yang tidak berjaya. Berikut adalah senarai nama perseta yang telah menyertai aktiviti bulanan di Pi1M Kg. Banggol.
1.       MUHD AMMAR                                                     
2.       RIDWAN                                                                   
3.       MUHD AZAM                                                          
4.       AIMAN                                                                      
5.       AMMAN                                                                    
6.       AZFAR                                                                       
7.       AMIRUL                                                                    
8.       ZULFARIS                                                                                            
9.       SHARUL AZIZI                                                         
10.   M. ZARIF BIN AB SAMAT                                      
11.   ALIF HAQIMI BIN MAT AIN                                  
12.   MUHD NABIL BIN MOHD YAMI