SweetMuslimah.com

Tuesday 30 December 2014

JAWATAN KOSONG!!!!


JAWATAN KOSONG!!!!



PENGURUS DAN PENOLONG PENGURUS PI1M KLEBANG BESAR, MELAKA







Projek Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) merupakan projek kerajaan dengan inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan melalui DiGi di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada penyediaan perkhidmatan ICT di kawasan luar Bandar. 



Calon-calon Warganegara Malaysia yang berminat dan berkeyakinan adalah dipelawa untuk mengisi jawatan Pengurus dan Penolong Pengurus bagi Projek PI1M secara kontrak di Syarikat Creative Century Management Sdn Bhd yang dilantik sebagai penyelaras projek.

Pengurus 
RM2000.00 / Sebulan

Kelayakan dan Kriteria Calon

~Mempunyai Ijazah yang diiktiraf dan keutamaan diberi kepada calon-calon yang mempunyai Ijazah dalam bidang IT dan berkaitan
~Keutamaan diberi kepada penduduk tempatan (kawasan berdekatan)
~Berpengetahuan dan berpengalaman dalam bidang IT
~Berminat untuk menjadi tenaga pengajar dan usahawan
~Boleh bekerja dalam pengawasan yang minima
~Bertanggungjawab dan berdikari
~Mempunyai kemahiran berkomunikasi
~Mempunyai nilai-nilai kepimpinan dan bermotivasi tinggi

Penolong Pengurus 
RM1500.00 / Sebulan

Kelayakan dan Kriteria Calon

~Mempunyai Diploma atau Sijil Kemahiran Tahap Empat (SKM) yang diikitiraf dalam bidang IT dan berkaitan
~Keutamaan diberi kepada penduduk tempatan (kawasan berdekatan)
~Berpengetahuan dan berpengalaman dalam bidang IT
~Berminat untuk menjadi tenaga pengajar dan usahawan
~Boleh bekerja dalam pengawasan yang minima
~Bertanggungjawab dan berdikari
~Mempunyai kemahiran berkomunikasi

Cara memohon :

Email resume anda kepada:-
pi1mklebangbesar@gmail.com
@
Hantar Hardcopy Resume anda di 
PI1M Klebang Besar Melaka.


Sunday 28 December 2014

PROGRAM SUMBANGAN KILAT MANGSA BANJIR

Program Sumbangan Kilat Mangsa Banjir 
Tarikh ; 28 Disember 2014
Lokasi : Kolej Universiti Teknologi Bestari

23 Dis 2014, negara telah dikejutkan dengan musibah banjir yang dahsyat yang telah melanda sebahagian besar negeri-negeri di Pantai Timur. Bermula dengan negeri Kelantan, diikuti negeri Terengganu dan Pahang. Sehubungan itu, pada 28 Dis 2014, Kelab Kakitangan (KEKITA) daripada Kolej Universiti Teknologi Bestari (UCB), Setiu, Terengganu telah mengadakan Sumbangan Kilat Mangsa Banjir bagi meringankan beban mangsa yang terlibat dengan musibah banjir. Pengurus dan Penolong Pengurus Pi1M Kg. Banggol telah bersetuju untuk menghulurkan sedikit bantuan kepada mangsa yang terlibat dengan memberi sumbangan berupa :
1.       48 Botol Air Mineral
2.       2 Kampit Beras Nasional
3.       48 kg Gula Prai

Sumbangan yang bernilai RM200 ini telah disampaikan oleh Bendahari Masjid Bandar Permaisuri, Tuan Haji Ishak bin Hamzah kepada kakitangan KEKITA UCB  pada 28 Dis 2014 yang lalu. Diharap sumbangan yang tidak sebesar mana ini dapat meringankan beban dan dapat sedikit sebanyak dapat membantu mangsa-mangsa banjir meneruskan kelangsungan hidup dan menempuhi hari-hari mendatang sabar dan tabah. Sesungguhnya di sebalik kesusahan itu ada kemudahannya.

MUSIBAH BANJIR YANG TELAH MELANDA PANTAI TIMUR KELANTAN, TERENGGANU DAN PAHANG





PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA AHLI KEKITA UCB OLEH BENDAHARI MASJID BANDAR PERMAISURI, SETIU


Friday 26 December 2014

TABUNG KEMANUSIAAN KOMUNIKASI & MULTIMEDIA MALAYSIA


TABUNG KEMANUSIAAN KOMUNIKASI & MULTIMEDIA MALAYSIA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hulurkan bantuan dan ringankan beban mereka yang memerlukan.

Hanya dengan SMS anda kini boleh menghulurkan sumbangan mereka.

Hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalas segala pengorbanan dan sumbangan ini. 

Terima kasih



Friday 14 November 2014

PROGRAM GOTONG ROYONG PI1M KG. BANGGOL

Program Gotong Royong Pi1M Kg. Banggol
Tarikh : 14 November 2014

Program gotong –royong PI1M telah diadakan pada 14 Nov 2014 yang lalu bagi membersihkan dan menceriakan PI1M Kg. Banggol. Aktiviti bermula pada jam 9 pagi dan berakhir kira-kira pukul 11.00 pagi. Kami telah mengelap semua debu dan habuk pada PC dan keyboard, selain membersihkan habuk pada aircon dan menyedut habuk pada karpet. Aktiviti menampal sticker bagi menceriakan PI1M juga turut dijalankan. Memandang hujan yang agak lebat pada pagi itu, kami tidak dapat membersihkan kawasan luar PI1M Kg. Banggol. Aktiviti gotong royong telah dijayakan oleh hampir 15 orang peserta. Selepas aktiviti gotong royong tamat, kami menjamu peserta dengan sarapan pagi iatu Beehun Goreng, Keropok dan Air Teh O Panas. Semua yang hadir gembira kerana mereka dapat menghias dan membersihkan PI1M Kg. Banggol dengan jayanya.

PERLAKSANAAN PROGRAM GORONG ROYONG PI1M KG BANGGOL 14 NOVEMBER 2014



Tuesday 14 October 2014

TAYANGAN DAN KUIZ SEMPENA AWAL MUHARRAM 1436

PROGRAM : TAYANGAN DAN KUIZ SEMPENA AWAL MUHARRAM 1436
TARIKH : 18 OKTOBER 2014


Program tayangan dan kuiz Pi1M Kg. Banggol sempena Maal Hijrah telah diadakan pada 18 Oktober 2014 sebagai memperingati sejarah dan perjuangan baginda junjungan Nabi Muhammad S.A.W dalam menyebarkan syiar Islam ke Bandar Bercahaya, Kota Madinah. Kisah penghijrahan Rasullullah S.A.W dari Mekkah ke Kota Madinah banyak memberi iktibar kepada seluruh umat Islam.

Peristiwa Hijrah ini membuka lembaran baru dalam sejarah Islam memandangkan pada ketika itu Rasulullah dan para pengikut beliau telah menerima tentangan dan penindasan yang hebat daripada kaum Musyrikin Mekah. Kaum Musyrikin Mekkah telah merancang untuk membunuh Baginda Rasullullah S.A.W. dan mereka telah menyekat urusniaga / perdagangan dengan umat Islam. 




Tayangan yang berdurasi 30 minit ini menceritakan perjalanan Hijrah Rasullullah dan bagaimana sambutan kaum Muslimin di Kota Madinah. Selepas tayangan selesai, kami telah mengadakan kuiz yang berkisarkan kisah penghijrahan Rasullullah S.A.W. Peserta yang paling banyak menjawab soalan kuiz dengan betul telah memenangi pertandingan kuiz sempena Maal Hijrah ini.

Sunday 5 October 2014

SALAM EIDULADHA KEPADA SELURUH UMAT ISLAM

Saat berderai jatuh
Titisan air mata suci Ibrahim
Melihatkan keteguhan iman
Anaknya Ismail
Dikala itulah bermulanya sejarah agung
ERTI SEBUAH PENGORBANAN

Salam EidulAdha dari kami, Manager dan Assistant Manager 
Pusat Internet 1 Malaysia Kg Banggol, 
Setiu, Terengganu


Wednesday 1 October 2014

LIVE STREAM SPM 2014 SEMINARS 2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Live Stream SPM 2014 Seminars 2014
Visit : http://www.youtube.com/educationmalaysia

Live Stream SPM 2014 Seminars 2014 memberi peluang kepada bakal calon SPM 2014 untuk mengulang kaji pelajaran bagi subjek-subjek SPM 2014. Bagi yang berminat untuk mengikuti Live Stream ini secara percuma di Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Banggol, Setiu Terengganu, anda boleh terus datang ke Pi1M Kg. Banggol.

Selamat Menempuhi SPM 2014!! Semoga Berjaya!

Monday 22 September 2014

HARI TERBUKA PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA 20 SEPTEMBER 2014

Pada 20 September 2014 yang lalu, Pusat Internet 1 Malaysia (Pi1M) Kg. Banggol telah mengadakan Hari Terbuka. Hari Terbuka yang julung-julung kali diadakan ini bertujuan memperkenalkan Pi1M kepada masyarakt setempat dan penduduk kampung berdekatan mengenai kemudahan capaian internet yang disediakan. Selain itu, Hari Terbuka ini diadakan bagi merapatkan hubungan silaturrahim antara penduduk kampung. Pelbagai aktiviti telah diatur dan hadiah-hadiah menarik beserta cabutan nombor bertuah telah diadakan sepanjang Hari Terbuka tersebut. 



Aktiviti Hari Terbuka bermula seawal 9.30 pagi dengan Tayangan Klik Dengan Bijak (KDB). Seramai 40 orang pelajar telah menyertai tayangan ini. KDB memberi penekanan kepada para pelajar berkaitan cara penggunaan internet yang betul dan berhemah dan cara membuat laporan penyalahgunaan internet kepada pihak berwajib. Mereka juga dinasihatkan supaya tidak mendedahkan nama pengguna (user id) atau kata laluan (password) kepada orang lain bagi mengelakkan penyalahgunaan internet oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab. Usai tayangan KDB, Tayangan Filem Pendek bertajuk Kasut Kelopak Jantung telah ditayangkan. Filem ini berkisarkan mengenai seorang pelajar yang sering ke sekolah tanpa kasut kerana faktor kemiskinan. Ikuti filem pendek penuh emosi ini di youtube ini. 


Aktiviti diteruskan dengan Pertandingan 'Online Game' dan Pertandingan Mewarna bagi pelajar sekolah Tahap 1 dan Pra Sekolah. Seramai 9 orang pelajar Pra Sekolah dan Sekolah Rendah Tahap 1 telah menyertai Pertandingan Mewarna ini. Pertandingan 'Online Game' pula disetai oleh hampir 60 orang Pelajar Sekolah Rendah Tahap 2 dan Sekolah Menengah. Pertandingan 'Online Game' iaitu 'Word Search' dan 'Scrabble Word' telah diadakan secara serentak bersama Pertandingan Mewarna.



Pertandingan Mewarna bagi Pelajar Sekolah Rendah dan Pra- Sekolah


Pertandingan 'Online Game' bagi Pelajar Sekolah Menengah

Pada sebelah petang, aktiviti beralih pula kepada golongan dewasa iaitu Pertandingan Gubahan, Pertandingan Masakan dan Pertandingan Wau Kreatif. Pertandingan Masakan yang disertai oleh 9 orang peserta telah menghidangkan masakan berasaskan Daun Kesum, Bunga Kantan dan Nenas. Masakan mereka telah Berjaya membuka selera juri yang mengadili dan persembahan makanan mereka sangat memuaskan. 

Antara hidangan yang telah menambat hati juri


Beralih kepada Pertandingan Wau Kreatif, peserta yang terdiri daripada 11 orang lelaki dewasa telah mempamerkan wau mereka dengan pelbagai rekabentuk dan hiasan yang menarik. Ada yang mempamerkan Wau Bulan, Wau Kapal Terbang, Wau Burung dan pelbagai lagi. 

Pertandingan Wau Kreatif

Sementara Pertandingan Gubahan yang melibatkan 5 orang peserta tidak kurang hebatnya. Mereka hanya dibenarkan menggubah 1 gubahan sahaja sama ada Tuala, Kain Batik, Kain Pelikat atau Sejadah.  


Aktiviti sebelah petang adalah sukaneka dan majlis penyampaian hadiah. Pihak Pi1M turut mengadakan cabutan No Bertuah kepada ahli Pi1M yang telah berdaftar. Program Hari Terbuka Pi1M Kampung Banggol, Setiu telah tamat jam 6.00 petang. 

Wajah-wajah ceria Manager dan Assistant Manager =)

Aktiviti Sukaneka yang telah dikendalikan oleh Team Digi! Happening!

Pertandingan Musical Chair dan Majlis Penyampaian Hadiah serta Cabutan Bertuah


Saturday 6 September 2014

LATAR BELAKANG PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA (PI1M) KG. BANGGOL

Pusat Internet 1 Malaysia (Pi1M) merupakan projek kerajaan dengan inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Digi Telecommunication Sdn. Bhd di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.




Pi1M Kg Banggol terletak di Kg Banggol, Jalan Penarik lebih kurang 11km dari Bandar Permaisuri dan telah mula beroperasi pada bulan Oktober 2013. Pi1M Kg Banggol menyediakan kemudahan komputer dan internet sebanyak 20 unit. Pi1M ini juga menyediakan capaian internet tanpa wayar kepada penduduk kampung sekitar Kg. Banggol yang dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) 1 Malaysia.






Terdapat 4 objektif utama penubuhan Pi1M ini iaitu :

  • Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet
  • Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pi1M
  • Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan



Saturday 23 August 2014

TAYANGAN DAN KUIZ HARI KEMERDEKAAN

TAYANGAN  DAN KUIZ HARI KEMERDEKAAN
 TARIKH : 23 AUGUST 2014


           Program Tayangan dan Kuiz Kemerdekaan ini dipilih sebagai Aktiviti Bulanan di Pi1M kami kerana ia dapat menyemarakkan semangat patriotisme dan memupuk semangat cintakan tanah air  dalam kalangan peserta. Tayangan yang diambil daripada sumber Youtube iaitu cerita Upin dan Ipin dengan tajuk Kami 1 Malaysia menambahkan lagi minat para peserta untuk menyertai program ini.

Tayangan cerita ini dijalankan selama hampir 30 minit dan diikuti dengan kuiz berkisarkan cerita Upin dan Ipin tersebut dan berkaitan dengan sejarah kemerdekaaan negara Malaysia. Kami juga turut memberi soalan berkaitan Jalur Gemilang, Jata Negara dan Perdana Menteri Malaysia untuk menguji pengetahuan para peserta. Sambutan yang diberikan oleh para peserta amat menggalakkan memandangkan kami turut menyediakan hadiah berupa hamper dan hadiah saguhati kepada peserta yang berjaya menjawab soalan kuiz paling banyak dengan betul dan tepat.

Selain dapat memberi pengetahuan kepada para peserta, kami juga  berkongsi mengenai sejarah kemerdekaan merdeka; bagaimana negara Malaysia mendapat kemerdekaan dan bagaimana penderitaan pemerintah terdahulu berkorban untuk mendapatkan kemerdekaan negara.

Program Tayangan sempena Bulan Kemerdekaan Malaysia

Hadiah - hadiah yang menanti para pemenang Kuiz Kemerdekaan

Wajah-wajah gembira peserta setelah mendapat hadiah masing-masing =)