MENZIARAHI ADIK MUHAMMAD HANIF SAFARIS
Pada 23 March
2015 yang lalu, kami telah dikejutkan dengan berita kemalangan melibatkan salah
seorang pengguna PI1M Kg. Banggol. Kemalangan yang melibatkan adik Muhammad
Hanif Safaris bin Che Wahab (9 tahun) dengan sebuah kereta Viva Hitam telah
menyebabkan adik Muhammad Hanif Safaris koma selama 9 hari. Pada 27 March 2015,
saya dan penolong pengurus telah ke HSNZ Kuala Terengganu untuk menziarahi adik
Safaris dan keluarganya. Selepas berjumpa dengan adik Safaris yang pada ketika
itu tidak masih tidak sedarkan diri dan masih dibantu oleh alat bantuan
pernafasan, kami hanya mampu berdoa semoga Allah mempermudahkan segala urusan
adik Safaris. Sedih menyelubungi hati tatkala bercakap dan bersua muka dengan
ayah adik Safaris yang kelihatan begitu kuat menghadapi ujian Allah ini. Saya
difahamkan bahawa adik Safaris mengalami retak pada tulang punggung dan tulang
rahangnya patah kedua-dua belah dan harapan untuk kembali pulih amat tipis.
Sebelum pulang, kami telah menghulurkan sedikit bantuan berupa wang ringgit
(RM150) kepada keluarga adik Safaris dengan harapan dapat mengurangkan dan
meringankan beban mereka. Pada 31 March 2015, kira-kira jam 8.30 malam, adik
Safaris telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Unit Rawatan Rapi HSNZ
Kuala Terengganu. Sesungguhnya mati itu pasti, bila, bagaimana dan mengapa
hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Semoga adik Safaris bahagia di Syurga
sana. Al- Fatihah.
No comments:
Post a Comment