PERTANDINGAN PERKATAAN DALAM PERKATAAN
Pada 28 Februari 2015 yang lalu, Pi1M Kg. Banggol telah mengadakan
aktiviti bulanan iaitu pertandingan perkataan dalam perkataan. Para peserta
diberikan 1 perkataan yang terditi daripada 20 atau 21 huruf seperti perkataan
‘ DIPERTANGGUNGJAWABKAN’ ‘MENGINTERNASIONALKAN’ dan lain2 perkataan. Daripada
perkataan yang diberikan, para peserta dikehendaki membina perkataan lain yang
menggabungkan huruf-huruf yang terdapat dalam perkataan tersebut. Hanya perkataan
yang mempunyai makna sahaja akan dikira, kata nama khas seperti nama orang dan
nama tempat tidak akan dikira. Aktiviti bulanan ini telah disertai oleh 15
orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan sekolah
menengah. Aktiviti ini bermula kira-kira jam 10 pagi dan tamat pada pukul 12.00
tgh hari. Mereka diberi selama 15 minit untuk membina perkataan-perkataan
tersebut. Pihak Pi1M telah menyediakan hadiah berupa hamper bagi pemenang
tempat pertama, kedua dan ketiga beserta hadiah saguhati kepada pada peserta
yang tidak berjaya.
No comments:
Post a Comment