BEAUTY
WORKSHOP SKINCARE & MAKE UP CLASS – MARY KAY
Bengkel Kelas Kecantikkan dan Solekan dengan kerjasama Mary
Kay dari unit Kelantan telah diadakan pada 16 Mei 2015 Hari Sabtu bertempat di
Pi1M Kg. Banggol telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Sebulan
sebelum bengkel berlangsung, kami telah membuat temu janji bersama Konsultant
Mary Kay dari Kelantan iaitu Kak Maizatul dan Kak Eita untuk menetapkan tarikh
yang sesuai. 2 minggu sebelum kelas bermula, kami telah menyiapkan iklan dan
membuat pemberitahuan melalui media massa (Facebook Page Pi1M Kg Banggol dan
Group Setiu) dan menampal iklan tersebut di kedai runcit dan kedai makan
berhampiran. Persiapan tempat telah bermula pada 15 Mei 2015 dengan menyusun
semua kerusi dan meja di dalam Pi1M Kg Banggol. Kelas Kecantikkan dan Solekan
telah bermula sekitar jam 11.30 pagi dan berakhir pada pukul 3.00 petang.
Seramai 30 orang peserta telah menyertai bengkel ini. Setiap peserta telah
dibekalkan dengan borang kaji selidik, air, kapas muka, cermin dan tisu sebelum
bengkel bermula. Peserta yang terdiri daripada wanita golongan pertengahan
sangat teruja untuk belajar mengenai kondisi kulit muka, produk yang sesuai
bagi tekstur kulit muka yang berlainan dan penjagaan kulit muka yang betul.
Kami sebagai penganjur menyediakan sedikit jamuan kepada para peserta dan
tenaga pengajar. Di akhir sesi bengkel ini, tenga pengajar telah mengajar cara
solekan yang betul mengikut tona kulit dan kesesuaian majlis / tema yang bakal
dihadiri. Kami selaku penganjur amat berpuas hati dengan layanan dan kerjasama
yang diberikan oleh pihak konsultant Mary Kay yang telah bersusah payah datang
ke Pi1M untuk berkongsi ilmu dan produk bersama-sama dengan penduduk kampung.
Berikut adalah memori sepanjang Bengkel Kelas Kecantikkan dan Solekan yang
telah diadakan.
No comments:
Post a Comment