SweetMuslimah.com

Saturday, 28 March 2015

MENZIARAHI ADIK MUHAMMAD HANIF SAFARIS

                Pada 23 March 2015 yang lalu, kami telah dikejutkan dengan berita kemalangan melibatkan salah seorang pengguna PI1M Kg. Banggol. Kemalangan yang melibatkan adik Muhammad Hanif Safaris bin Che Wahab (9 tahun) dengan sebuah kereta Viva Hitam telah menyebabkan adik Muhammad Hanif Safaris koma selama 9 hari. Pada 27 March 2015, saya dan penolong pengurus telah ke HSNZ Kuala Terengganu untuk menziarahi adik Safaris dan keluarganya. Selepas berjumpa dengan adik Safaris yang pada ketika itu tidak masih tidak sedarkan diri dan masih dibantu oleh alat bantuan pernafasan, kami hanya mampu berdoa semoga Allah mempermudahkan segala urusan adik Safaris. Sedih menyelubungi hati tatkala bercakap dan bersua muka dengan ayah adik Safaris yang kelihatan begitu kuat menghadapi ujian Allah ini. Saya difahamkan bahawa adik Safaris mengalami retak pada tulang punggung dan tulang rahangnya patah kedua-dua belah dan harapan untuk kembali pulih amat tipis. Sebelum pulang, kami telah menghulurkan sedikit bantuan berupa wang ringgit (RM150) kepada keluarga adik Safaris dengan harapan dapat mengurangkan dan meringankan beban mereka. Pada 31 March 2015, kira-kira jam 8.30 malam, adik Safaris telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Unit Rawatan Rapi HSNZ Kuala Terengganu. Sesungguhnya mati itu pasti, bila, bagaimana dan mengapa hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Semoga adik Safaris bahagia di Syurga sana. Al- Fatihah.