Program Gotong Royong Pi1M Kg. Banggol
Tarikh : 14 November 2014
Program gotong –royong PI1M telah diadakan pada 14 Nov 2014 yang
lalu bagi membersihkan dan menceriakan PI1M Kg. Banggol. Aktiviti bermula pada
jam 9 pagi dan berakhir kira-kira pukul 11.00 pagi. Kami telah mengelap semua
debu dan habuk pada PC dan keyboard, selain membersihkan habuk pada aircon dan
menyedut habuk pada karpet. Aktiviti menampal sticker bagi menceriakan PI1M
juga turut dijalankan. Memandang hujan yang agak lebat pada pagi itu, kami
tidak dapat membersihkan kawasan luar PI1M Kg. Banggol. Aktiviti gotong royong
telah dijayakan oleh hampir 15 orang peserta. Selepas aktiviti gotong royong
tamat, kami menjamu peserta dengan sarapan pagi iatu Beehun Goreng, Keropok dan
Air Teh O Panas. Semua yang hadir gembira kerana mereka dapat menghias dan
membersihkan PI1M Kg. Banggol dengan jayanya.
PERLAKSANAAN PROGRAM GORONG
ROYONG PI1M KG BANGGOL 14 NOVEMBER 2014
No comments:
Post a Comment